Metodologi al-Istifadhah (kemasyhuran) dan al-Tasahul (kelonggaran) dalam Kitab Barzanji.
DOI:
https://doi.org/10.28944/dirosat.v2i1.43Abstract
Kitab Barzanji atau nama sebenarnya Iqd al-Jauhar fi Maulid al-Nabiy al-Azhar yang menjadi warisan kesenian Arab diamalkan di Tanah Melayu dikritik dan dikecam kerana menukilkan cerita sirah Nabawiyyah yang lemah sumber kesahihannya. Semenjak bermulanya penulisan dalam tamadun bangsa Arab pada kurun ke-2H, cerita sirah Nabawiyyah yang dinukilkan sejarawan Arab sehingga sekarang adalah maklumat dan cerita yang hampir sama dinukilkan oleh pengarang Kitab Barzanji. Selaras dengan fakta tersebut, artikel ini cuba menjelaskan metodologi sejarawan Arab dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat dan berita yang diterima khususnya cerita sirah Nabawiyyah. Artikel ini juga cuba menjelaskan metodologi penulisan persejarahan dalam kalangan sejarawan Arab di awal kurun ke-2H. Daripada sumber premier persejarahan bangsa Arab dan juga sumber sekunder yang digunakan, hasilan penyelidikan ini menjelaskan bahawa Kitab Barzanji atau Iqd al-Jauhar fi Maulid al-Nabiy al-Azhar mengunakan metodologi al-istifdhah (kemasyhuran) selepas al-Quran dan Sunnah yang sahih dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat dan cerita yang sukar dinilai kesahihannya. Dapatan juga menunjukkan bahawa sejarawan Arab di awal kurun ke-2H menggunakan metodologi al-Tasahul (kelonggaran) dalam penulisan maklumat dan cerita persejarahan yang sukar dinilai kesahihannya. Terutamanya maklumat dan cerita yang tidak menyentuh persoalan aqidah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
Citation Check
License
Authors who publish with this journal agree to the following terms:
- Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
- Authors are able to enter into separate, additional contractual arrangements for the non-exclusive distribution of the journal's published version of the work (e.g., post it to an institutional repository or publish it in a book), with an acknowledgement of its initial publication in this journal.
- Authors are permitted and encouraged to post their work online (e.g., in institutional repositories or on their website) prior to and during the submission process, as it can lead to productive exchanges, as well as earlier and greater citation of published work.



